Ahlan wa Sahlan! Assalamualaikum, Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini |
Kisah Kakak part 2 Bismilahirrahmanirrahim. Sambungan cerita kakak.. Part ini mengandungi beberapa unsur spiritual. Melibatkan makhluk ghaib A.k.a jin/syaitan/iblis. Wallahualam.. Jangan kata jin/syaitan/iblis ni tahyul ye.. Ada sebut dalam al-Quran. Tapi jangan taksub.. no no no ☝☝ (idk if this makes sense. You guys mungkin langsung tak faham satu habuk part ni.) 💐🌸🌼🌸🌼🌸💐 kakak tak 'sedar'kan diri. Langsung tak tidur. Tengah-tengah sakit tu.. tiba-tiba jadi mulut becok. It was a little bit creepy. Dia duk merepek pasal nampak church lah.. tuduh mama nak baptiskan dia. Nauzubillah. Dia cakap dia benci 'tengok' satu masjid ni sebab orang ramai gotong-royong bersihkan masjid. Tak tau lah masjid mana. The whole night, tak tidur. Dia tak boleh nak tidur. I know my real kakak is so tired and tak cukup tenaga. Tapi my current kakak at that time was so energetic. Kitorg kesian tgk kakak. And there were times when 'diorg' bertukar 'jiwa'. 'Diorg' bertukar mcm, kejap kakak.. kejap benda tu. Seolah2 ada dua roh, jiwa dlm satu badan. We know it's kakak when she's tired and helpless. And kalau tetiba jadi energetic, tu bukan dia lah. Byk cakap, membebel, tak rasa sakit. Walhal badan kakak yg sebenar ni tak boleh nak disentuh langsung sebab habis bengkak2.. Doktor pun mcm sengih2 je. Idk wht he was thinking but i'm sure he probably wouldnt understand a bit. Allah.. sedih pulak bila cerita pasal ni. Tak semua orang faham situasi dia. Dr dah masukkan ubat nak suruh dia tenang. But.. yeah. Mcm tu jugaklah. Tapi kitorg sekeluarga dah biasa dah dengan benda-benda tu. Rasuk, masuk hantu, histeria.. hoho That day, she constantly nak buang air sebab Dr tebuk veins dia.. masukkan air dalam badan. Dia tak mampu nak buang air kat tandas. Terpaksa buang air kat katil. Aku jadi tukang bawa urine tray (?) (Tak tahu nama dia apa) yang besi tu. Kena basuh, kena sukat and bla bla. Dalam setiap 15 minit atau 30 min.. mesti nak pee. And bila dia nak pee tu she cant even hold. Bila kata nak kencing, terus kencing. Takpe kak. Kakak tak menyusahkan kami pun :) Aku sahur ala kadar je (Masatu bulan Ramadhan). Air masak dengan kurma. Subuh pun dah lepas, dah masuk waktu dhuha. Ustaz dtg sekali dgn papa. Bila dah berubat tu.. barulah okay. Tak meracau dah. Tapi sakit, demam masih ada. Ramadhan 2014, dia cuma mampu puasa beberapa hari je. Oh ye. Rasanya masa tu aku baru lepas exam week kot. Idk.. i cant surely remember. Tapi yg pasti aku tak pergi sekolah. Mama dah ambil cuti sebulan and papa ambil cuti seminggu sebab nak jaga kakak. Nuha and nurin (my younger sisters) duduk kat rumah dgn papa. Diorg tak stay kat hospital. Bersambung InshaAllah :) Kisah Kakak part 1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana kita masih hidup di bumiNya pada hari ni. Alhamdulillah.. pada hari Jumaat lepas, yakni pada 12 Feb 2016 genaplah sudah setahun kakak dan Allayarham Tok Guru Nik Aziz tercinta meninggalkan kita semua. Aasif sbb lama tak berblog. Post kali ini mengenai kakak Zawinnajah Nazira dan kisahnya beberapa bulan sebelum kematiannya. Ini cuma serba sedikit perkongsian kisah. Tak semua cerita yg saya beritahu ni exactly like that.. Kemungkinan cerita ini hanya dari persepsi saya jelah.. Tapi InshaAllah tiada sebarang unsur penipuan. Hoho 💐🌸🌼🌸🌼🌸💐 Bismillahirahmanirahim.. Bulan 6 2014, batch 96 dah start mendaftar utk menyambung belajar ke pusat pengajian pilihan mereka. Sama ada sambung ke ipta atau pun ke ipt. Maklumlah.. masing-masing dah dapat result SPM. Alhamdulillah kakak dapat result yang cemerlang - 6A.. Seronok betul dia bila tahu yang dia dapat tawaran sambung ke UIA. Dapat pulak course fav dia.. Law. Teringat lagi masa hari pendaftaran dia. Kitaorang tangkap gambar kat sana, teasing her and being gladly proud of her. Unpacked her things masuk dlm locker.. hias-hias bilik dia sikit.. sapa roomates dia. And masa nak berpisah tu, snap gambar kat kereta. Masa ni, macam biasa, mama nangis, kakak nangis, kitorang pun sebak. Ahh daalahtu cite pasal hari pendaftran. Takde gape pungg Kisahnya start macam ni.. Tiba-tiba Kakak rasa tak sedap badan. Suhu badan tinggi out of a sudden. Kebetulan dia tak boleh puasa hari tu. Roomate dia bagi roti kat dia supaya dia dpat tenaga sikit. Dia call mama ckp dia demam teruk. Tak boleh nak gerak. sakit kepala yang teramat. Waktu tu aku baru balik dari asrama aku. Mama kalut nak pergi ambil dia. Mama bawa dia ke klinik. Dr kata mungkin denggi. Masatu musim denggi berleluasa. Bila dia balik tu.. memang pucat sangat muka dia. Langsung tak bermaya. badan dia pun dah semakin kurus. tak boleh nak sentuh badan dia sebab terlampau panas. wallahi panas sangat. 41°C+ . Malam tu jugaklah kitorang bawak dia pergi HTJS, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Memang tak berdaya sgt lah aih. Dahlah waiting list ramai gila. Tengah malam pun ramai. Memang salute lah para nurse, doctors and pekerja hospital sana. Akhirnya.. kakak warded kat hospital tu. Pukul 4 pagi baru dia check kakak and she have to be warded. Kitorg balik dulu tinggalkan dia semalaman. Nak pack barang dia, barang mama bcs mama akan stay with her nanti. Maka bermulalah rutin hidup kami yang baru. Papa ulang alik dari rumah ke hospital every pagi dan petang. The first few days are seriously hectic. Aku teman mama kat hospital. Kitorg berdua stay kat sana. I know sebenarnya sorang je yg boleh stay jaga pesakit. But who cares! Aku sanggup k duduk teman mama and kakak. Lantak pi lah makcik guard. Nurses and doctors okay je.. bagi je aku stay. Welk :p. Why was it hectic? Bersambung... Al-fatihah buat TokGuru NikAziz dan Kakak. Colour Code
*Click gambar untuk tumbesaran dan enlargement*
Boleh guna untuk coding or HTML. Harap berguna. Sekian. Tutorial Blockquote (Template Designer) Hari ni baru dapat nak update blog sikik-sikik. Almaklum lah.. busy dah sekarang. InshaAllah cheq ceritakan serba serbi pengalaman indah semasa cuti sekolah 2 minggu ni [10 Dis 2015 -24 Dis 2015]. Tapi, post kali ni, bertujuan utk share cara nak buat or hias blockquote. Tahu tak Blockquote tu gape? Ini lah blockquote. Cemana nak guna blockquote dlm post blog? Dah dpt bayangan? Ok, yuk kita mulakan. Btw, ini cuma updated version saje. And credit goes to Cik Nurfarah for her tutorials on basic blockquote. Click link dia noh! Ok jom start. 1. Login ke Blogspot > click design/template > Edit HTML 2. Tekan Ctrl F secara serentak untuk memudahkan pencarian. Pastikan klik dulu mana-mana bahagian dlm HTML tu. 3. Cari :
Kemudian pastekan ke dlm kota Ctrl F tadi. 4. Bila dah jumpa, paste kan code ni, atas/sebelum code comments tadi. .post blockquote {*background #000000; tu kalau nak warna basic,boleh gantikan dgn code warna lain. boleh click sini utk tgk code warna. *AND kalau nak ganti dgn gambar yang cecomel, gantikan background #000000; dgn background-image:url(URL BACKGROUND); dan gantikan URL BACKGROUND dgn url gambar pilihan hati. *4px tu untuk saiz border blockquote. Semakin kecil digit px nya, semakin kecil border. *dotted tu untuk style border. Boleh gantikan dgn dashed atau solid. *#FFFFFF (warna putih) untuk warna border. Gantikan code warna kalau tak berkenan dgn warna putih.
..........................................................................
Wallahua'lam.
Maaf kalau tak menjadi or tak membantu langsung. Follow lah Cik Nurfarah.. Blog dia memang terbaik utk tutorial blog. :D
Dosa
Dosa aku sentiasa menghantui diri. Setiap hari aku fikir pasal dosa aku tu. Walaupun dah bertaubat, aku tetap ulang perkara yang sama. Adakah itu taubat namanya?
aku menyesal selepas melakukan dosa itu. Tapi tak lama kemudian, aku lakukannya semula. Aku tahu salah satu cara nak kawal perbuatan aku itu. Tapi banyak benda yang menghalang.
Aku mohon pada Tuhan agar bantu aku. Berikan aku kekuatan. Namun, masih juga berdosa. Adakah ini tanda Tuhan tidak menyayangi ku? Adakah neraka sememangnya tempat ku?
Aku akui aku semakin jauh dariMu. Namun pabila aku ingin dekat padaMu, Kau uji aku dan aku gagal. Ya, aku gagal. Aku risau betapa besarnya dosa aku. Betapa aib nya aku di akhirat kelak.
Aku mohon padaMu, jangan kau ambil nyawa ku selagi Kau tidak terima taubatku. Ampun kan aku ya Allah. Terimalah daku sebagai hambaMu yang soleh. Aku perlukan kekuatan dariMu. Aku perlukan ar-Rahman dan ar-Rahim Mu. Aku perlukan al-Ghaffur Mu. Aku perlukan Hidayah dan Taufik Mu. AKU PERLUKAN MU YA ALLAH.
*dipetik dari seorang sahabat*
ya Allah, terimalah taubat kami. Labels: Dosa, Freedom, Islam, Islamik, Life, Taubat Don't leave me alone Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yeah, hari ni tak pergi sekolah. TAHNIAH DEAR SELF. Asyik tak pergi sekolah je. Kalau tak pergi tapi study takpe gak. Ni, dahlah tak pergi sekolah.. study pun jangan dibilang dong. I usually start studying when there's pressure around me. And bila tengok kawan2 yang aku rapat start study, aku pun terdorong juga lah kan. Here's the thing.. aku tak jumpa pun kawan2 aku. Rinduuuu. Komfem stazah perli ai esok. I'm sorry ustazah. Kalau boleh saya taknak pun ada sabtu ahad tu ((only when im in mood nak study lah)) . Kalau dah sehari je cuti, mesti drag hari seterusnya. I hate thatt. I can't stay at home alone. Kena ada orang utk teman aku study sama2. Bukan sebab takut.. cuma nak ada geng je. Kalau tak dulu kakak ada, selalu teman nak study. Syok juga dulu. Hahaha I'm sorry ma, pa. I'm sorry if im not showing enough effort towards my studies. Im just... not focused like i used to be. Sorry for letting you down with my SPM trial result. I know, nanti mesti aku menyesal kalau tak study. Hish Sorry. Wish you guys are always by my side. But, what can i do kan? Allah tak izinkan. Hehe Okay bye. Ma'asalamah Labels: Diary, Family, Friends, Help, Kak Najah, Life, Regrets, SPM, Struggles SPM Week 2 ((Phone incident))
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Minggu ni merupakan second week SPM. Last week amacam? BHAHHAHAHA okay over gilos ketawa nya. But to be frank, the first week is harsh and hard and.. tiring. Walaupun subjeknya subjek simple je.
BM, erm okaylah. but.. yeah tak confident.
Esoknya, exam BI. Yang ni selalunya aku mcm, konfiden sikit. Tapi tak.. Kali ni langsung tak. My essay T^T frustrating huh. It wasn't the best that i could offer, but nak buat cemana en.. dah lepas :(
Petang tu ada PQS. Aku jawab dgn perasaan yang blur. hahaha macam main taram je.. Tak rasa berdebar mana. Tapi kalut gak nak siapkan. TAK CUKUP MASA T^T T^T.
Oh, sebab tak rasa berdebar tu an... Actually, sebelumnya dah let out dah segala pure water yang wujud dalam kantung mata aku. Kesnya, phone aku hilang bradehhhh. Lepas solat zohor, nak ambil buku dlm beg. tup tup, zip beg terbuka. Aku letak beg kat surau, sekali ngan Jwa. Dengan pantasnya dan refleks yang cemerlang, aku teruslah cari phone aku. Memang takde lah weh.. Sadisnyaaaaa
Kebetulan hari tu jugaklah ayah aku suruh bawa phone, senang nak contact balik nanti. Yelah aku selalu balik lewat. Kekadang tu sampai Maghrib baru sampai rumah. Hengko bayangkan nak bagitahu ayah aku pasal ni. Jwa pun bawa phone hari tu. Tapi tak kena
Syukur alhamdulillah aku ada kawan yang supportive. Habis mood aku nak jawab exam PQS hari tu. Takpe lah.. redha kan jelah. Nak ambil, ambil jelah.. at least tutup balik zip beg tu. -,- haha
Thanks Rara, sebab bagitahu ustaz walhal ustaz pun tak dpt nak buat apa. Esoknya, Ustazah Nazila start menyoal. HAHA lawak stazah ni..
"Padan muka, siapa suruh bawa phone.. Tapi sian juga kat awok. Hm "
" Benda dah terjadi stazah.. rezeki orang tu lah kot. ehe "
Note kepada 'pengambil' phone guwa:
Hambil hajelah phone tu kalau hengkau terhingin sangat. Tapi sdcard and simcard guwa, pulangkan please. Banyak kenangan aku ngan dak kelas.. and gambar kakak aku dlm tu. Semoga Allah beri Taufeeq and Hidayah kat kau ye.. Mungkin kau desperate sangat.. aku faham.. Tapi aku harap kau berhentilah buat kerja2 cenggini ye. Btw, jangan buka acc sosial aku please. HAHA Thanks.. I do need space from my own phone. Kau dah realisasikan impian aku. Muah sikiiit. Oh ye, Doakan aku SPM ni ye.. :) |