Owner! Posts Them Follow Dash



The Journey
The Journey;

Ahlan wa Sahlan!


Assalamualaikum, Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[Salam Ukhuwah]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Kisah Kakak part 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana kita masih hidup di bumiNya pada hari ni. Alhamdulillah.. pada hari Jumaat lepas, yakni pada 12 Feb 2016 genaplah sudah setahun kakak dan Allayarham Tok Guru Nik Aziz tercinta meninggalkan kita semua.

Aasif sbb lama tak berblog. Post kali ini mengenai kakak Zawinnajah Nazira dan kisahnya beberapa bulan sebelum kematiannya. Ini cuma serba sedikit perkongsian kisah. Tak semua cerita yg saya beritahu ni exactly like that.. Kemungkinan cerita ini hanya dari persepsi saya jelah.. Tapi InshaAllah tiada sebarang unsur penipuan. Hoho

💐🌸🌼🌸🌼🌸💐

Bismillahirahmanirahim..

Bulan 6 2014, batch 96 dah start mendaftar utk menyambung belajar ke pusat pengajian pilihan mereka. Sama ada sambung ke ipta atau pun ke ipt. Maklumlah.. masing-masing dah dapat result SPM. Alhamdulillah kakak dapat result yang cemerlang - 6A.. Seronok betul dia bila tahu yang dia dapat tawaran sambung ke UIA. Dapat pulak course fav dia.. Law. Teringat lagi masa hari pendaftaran dia. Kitaorang tangkap gambar kat sana, teasing her and being gladly proud of her. Unpacked her things masuk dlm locker.. hias-hias bilik dia sikit.. sapa roomates dia.  And masa nak berpisah tu, snap gambar kat kereta. Masa ni, macam biasa, mama nangis, kakak nangis, kitorang pun sebak. Ahh daalahtu cite pasal hari pendaftran. Takde gape pungg

Kisahnya start macam ni..
baru beberapa minggu kakak duduk UIA. And ada satu minggu tu, kakak takmau balik sebab nak join kerja amal kat sana. masatu baru je masuk bulan Ramadhan. Tak ingat lah apa nama NGO yang dia join.
Pagi sabtu/ahad tu.. papa ada call kakak, nak tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat. Katanya dia nak bersiap, mandi sebab nak pergi perhimpunan NGO. minggu tu minggu balik, so tak ramai orang ada kat sana. Mujur roomate dia tak balik jugak. Dia pergilah tandas sebab nak mandi.
Tiba-tiba rasa seriau.. goosebumps gitu. Tuptup, blackout. But she carried on mandi. Memang gelap lah lorong-lorong kat Mahallah Khadijah. Dia sorang je kat tandas yg creepy tu.

Tiba-tiba Kakak rasa tak sedap badan. Suhu badan tinggi out of a sudden. Kebetulan dia tak boleh puasa hari tu. Roomate dia bagi roti kat dia supaya dia dpat tenaga sikit. Dia call mama ckp dia demam teruk. Tak  boleh nak gerak. sakit kepala yang teramat. Waktu tu aku baru balik dari asrama aku. Mama kalut nak pergi ambil dia.

Mama bawa dia ke klinik. Dr kata mungkin denggi. Masatu musim denggi berleluasa. Bila dia balik tu.. memang pucat sangat muka dia. Langsung tak bermaya. badan dia pun dah semakin kurus. tak boleh nak sentuh badan dia sebab terlampau panas. wallahi panas sangat. 41°C+ .
Days passed tapi dia masih demam macam tu. Pergi lagi klinik keluarga fav kitorg.. Doktor tu terkejut tgk kakak. Dia kata kena immediately be warded. This is not normal for a person to be in such a high fever within a short period of time. Malam tu jugaklah mama bawak kakak pergi NCI. They said it could be dengue and she needed blood supplies. Kat NCI tak cukup pulak dah bekalan darahnya.. kitorg tepaksa letakkan dia atas wheelchair. She can't even walk nor move properly.

Malam tu jugaklah kitorang bawak dia pergi HTJS, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Memang tak berdaya sgt lah aih. Dahlah waiting list ramai gila. Tengah malam pun ramai. Memang salute lah para nurse, doctors and pekerja hospital sana. Akhirnya.. kakak warded kat hospital tu. Pukul 4 pagi baru dia check kakak and she have to be warded. Kitorg balik dulu tinggalkan dia semalaman. Nak pack barang dia, barang mama bcs mama akan stay with her nanti.

Maka bermulalah rutin hidup kami yang baru. Papa ulang alik dari rumah ke hospital every pagi dan petang. The first few days are seriously hectic. Aku teman mama kat hospital. Kitorg berdua stay kat sana. I know sebenarnya sorang je yg boleh stay jaga pesakit. But who cares! Aku sanggup k duduk teman mama and kakak. Lantak pi lah makcik guard. Nurses and doctors okay je.. bagi je aku stay. Welk :p.

Why was it hectic?

Bersambung...

Al-fatihah buat TokGuru NikAziz dan Kakak.